Pertembungan empat penjuru bukti demokrasi negara sihat: Maszlee

Maszlee ketika ditemui media selepas Pengumuman Penamaan Calon di Dewan Muafakat Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam, pada Sabtu.
Maszlee ketika ditemui media selepas Pengumuman Penamaan Calon di Dewan Muafakat Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam, pada Sabtu.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Pertembungan empat penjuru bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang bukti demokrasi dalam negara masih sihat.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik berkata, ia satu perkara yang bagus dari sudut demokrasi dan keamanan di kawasan tersebut.

“Jadi bagi saya ini membuktikan rakyat di Simpang Renggam, terutama di DUN Layang-Layang matang.

“Kalau sebelum ini dua parti (bertanding), kini ada empat parti yang bertanding bagi kawasan ini,” katanya kepada media selepas Pengumuman Penamaan Calon di Dewan Muafakat Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam di sini, pada Sabtu.

Maszlee akan dicabar calon Perikatan Nasional (PN), K Alagathiran; Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ahmad Shafiq Othaman dan Barisan Nasional (BN), Abdul Mutalib Abd Rahim.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, rakyat mempunyai kematangan berfikir untuk memilih wakil rakyat yang akan diundi pada PRN Johor nanti.

"Saya akan lawan sehingga menang kerana saya masuk dalam gelanggang, maka saya mesti menang.

“Saya akan buat dan lawan bukan untuk saya tapi untuk rakyat, negeri Johor dan negara. Kita mesti bermula di Layang-Layang kemudian di Johor dan seterusnya di Malaysia,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!