PKR Selangor gesa hentikan kerjasama dengan Muda

Halimey
Halimey
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa sebarang kerjasama politik bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dihentikan serta-merta.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, Muda tidak menghormati kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan Pakatan Harapan (PH) apabila meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

"Umum mengetahui PKR telah meletakkan calon atas kesepakatan bersama PH di DUN tersebut dan tindakan Muda (meletakkan calon) bakal memecahkan undi pembangkang.

"Situasi itu akan memberikan kelebihan kepada calon Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu Halimey berkata, jentera PKR dan PH perlu meningkatkan usaha memberikan pencerahan kepada rakyat Johor bagi memastikan perompak, perasuah dan pengkhianat tidak kekal berkuasa serta mentadbir Johor.

DUN N44 Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru terdiri daripada Rashid Abu Bakar (Muda);

Dr Zamil Najwah Arbain (PKR); Zulkifli Bujang (Perikatan Nasional); Mohd Hairi Mad Shah (BN); Norramadan Buan (Bebas) dan Riadz Mohamad (Pejuang).

Penamaan calon berlangsung pada Sabtu manakala hari mengundi ditetapkan pada 12 Mac.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!