Yarmolenko tidak diturunkan menentang Wolves
PEMAIN sayap West Ham United, Andriy Yarmolenko tidak akan diturunkan ketika menentang Wolves pada Ahad selepas diberikan cuti oleh kelabnya susulan krisis yang berlaku di Ukraine ketika ini.
Pengendali The Hammers, David Moyes berkata, pihak pengurusan West Ham akan memberikan sokongan penuh kepada pemain Ukraine itu.
“Apa yang saya boleh katakan, dia (Yarmolenko) tidak berada dalam keadaan baik pada masa ini. Justeru, kami memberinya cuti untuk beberapa hari kerana sangat memahami situasi dialaminya ketika ini.
“Ia sudah tentu tempoh yang sukar bagi pemain ini. Kami harap semuanya akan baik bagi dia serta keluarganya yang berada di Ukraine,” katanya.
Dalam pada itu, bekas jurulatih Everton dan Manchester United itu mengutuk tindakan dilakukan Rusia di bawah Presiden Vladimir Putin sambil mengakui bahawa ia adalah topik yang sememangnya sukar untuk diabaikan di kelab tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!