Banjir di Kelantan makin buruk, Jeli catat mangsa paling ramai

Penduduk di Rantau Panjang meredah banjir selepas kawasan tersebut mulai dinaiki air pada Sabtu.
Penduduk di Rantau Panjang meredah banjir selepas kawasan tersebut mulai dinaiki air pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila seramai 1,569 mangsa dari 464 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan bermula Jumaat.

Menurut laporan InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan yang paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir tertinggi di negeri ini ialah Jeli seramai 467 orang diikuti Kuala Krai (438 orang); Pasir Mas (357 orang) dan Tanah Merah (307 orang).

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan lima batang sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan (Kuala Krai); Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Lebir di Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Temangan (Machang) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).

Sementara itu Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah berada paras amaran.

Penduduk yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku kerana jarang sekali banjir melanda pada bulan Februari.

Situasi terkini banjir di Pekan Rantau Panjang apabila kawasan tersebut mulai dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan.
Situasi terkini banjir di Pekan Rantau Panjang apabila kawasan tersebut mulai dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan.

Mangsa banjir, Zaiton Che Muja, 44, dari Rantau Panjang berkata, banjir Disember lalu dia dan keluarga tidak berpindah walaupun kawasan kediaman dinaiki air.

"Tetapi hujan lebat sejak Jumaat menyebabkan air naik mendadak sehingga saya, suami dan tiga anak mengambil keputusan berpindah awal ke PPS Gual Tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Kalau dilihat pagi tadi trend air Sungai Golok menaik dan kami bimbang banjir besar akan berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!