'Kami tidak akan menyerah'

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Video pendek dimuat naik Presiden Ukraine, Zelensky (depan) bersama pegawai kanan di Kiev. - AFP
Video pendek dimuat naik Presiden Ukraine, Zelensky (depan) bersama pegawai kanan di Kiev. - AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyiarkan sebuah video pendek dari Kiev pada Jumaat dengan bersumpah untuk mempertahankan ibu negara daripada diceroboh Rusia.

"Kami semua di sini. Tentera, orang awam turut berada di sini. Kami bersedia mempertahankan kemerdekaan, negara yang tercinta," kata Zelensky ketika berada di luar bangunan presiden.

Beliau yang memakai pakaian tentera turut dilihat berdiri bersama beberapa pegawai kanan lain sebagai bertindak balas terhadap tekanan daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Difahamkan, tentera Rusia dilihat bertempur dengan tentera Ukraine buat kali pertama di jalan raya sekitar Kiev pada Jumaat.

Manakala sejumlah angkatan tentera Ukraine ditempatkan di ibu negara dan beberapa bandar sebagai persediaan berdepan serangan udara pada waktu malam.

Sementara itu, Putin dalam ucapan televisyen di Moscow, menyifatkan kerajaan Zelensky sebagai 'pengganas' dan 'kumpulan penagih dadah dan neo-Nazi' dan menggesa tentera Ukraine supaya memberontak.

Sehingga kini, Zelensky menerima sokongan daripada ramai pemimpin Barat kerana keazamannya menentang pencerobohan Putin dan Ketua Kesatuan Eropah (EU), Charles Michel menyiarkan sokongan menerusi ucapan di Twitter.

"Semangat kebebasan dan demokratik Ukraine sangat kuat," katanya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!