50 cef bergabung masak untuk asnaf

Shahrul Aman (berdiri, dua dari kiri) melayani asnaf yang hadir pada Program Chef Table 2022 Bersama Asnaf di The Pjoi's Cafe, di sini pada Sabtu.
Shahrul Aman (berdiri, dua dari kiri) melayani asnaf yang hadir pada Program Chef Table 2022 Bersama Asnaf di The Pjoi's Cafe, di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seramai 50 cef dari seluruh negara bergabung mempamerkan aksi masing-masing menyediakan makanan kepada golongan asnaf terpilih sempena Program Chef Table 2022 Bersama Asnaf di sini, pada Sabtu.

Penganjur program, Datuk Dr Shahrul Aman Zulkifli berkata, buat julung kali program tahunan itu diadakan di Bandar Diraja Kuala Kangsar dengan penglibatan cef-cef terkemuka di seluruh negara.

Menurutnya, kesemua cef yang terlibat menyediakan sajian secara bersama sebagai meraikan seramai 45 orang asnaf sekitar Kuala Kangsar dan 30 lagi anak-anak Madrasah Baituttaqwa Warrahmah dari Sik, Kedah.

"Apa yang menariknya pada hari ini asnaf-asnaf dan anak madrasah ini dilayan seperti mana layanan lima bintang di hotel-hotel terkemuka negara. Ini merupakan satu penghormatan buat golongan asnaf untuk merasai masakan yang disediakan oleh cef-cef ini.

"Sebenarnya ada ramai lagi cef yang mahu turut serta di dalam program ini namun disebabkan beberapa kekangan akibat Covid-19, mereka tidak dapat bersama-sama pada kali ini," katanya kepada pemberita pada Program Chef Table 2022 Bersama Asnaf di The Pjoi's Cafe, di sini pada Sabtu.

Shahrul Aman memberi perakuan kepada kru The Pjoi’s Café sebagai mengiktiraf karier mereka di dalam bidang sajian makanan dan kulinari pada Program Chef Table 2022 Bersama Asnaf di The Pjoi's Cafe, di sini pada Sabtu.
Shahrul Aman memberi perakuan kepada kru The Pjoi’s Café sebagai mengiktiraf karier mereka di dalam bidang sajian makanan dan kulinari pada Program Chef Table 2022 Bersama Asnaf di The Pjoi's Cafe, di sini pada Sabtu.

Shahrul Aman berkata, antara cef terkenal yang hadir termasuklah Cef Azlan Mohamad Ali yang merupakan seorang cef pakar masakan Melayu dari Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) dan Cef Diraja Brunei, Cef Zaini Zainol.

Menurutnya, menu-menu yang disediakan untuk tetamu yang hadir kebanyakannya hidangan barat seperti cop ayam (chicken chop), kambing bakar dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, selain menghidangkan makanan kepada golongan asnaf itu, pemberian sumbangan kerusi roda dan wang tunai turut diberikan bagi meringankan beban.

Jelasnya, program tersebut juga diadakan bertujuan memperkenalkan pembuatan juadah makanan Islam yang bukan sahaja bermutu tinggi dan halal tetapi penyediaannya selaras dengan kehendak syarak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!