Lampard berang Everton dinafikan sepakan penalti

Lampard kecewa pasukannya dinafikan untuk mendapat penalti pada saat akhir ketika tewas 0-1 kepada Manchester City. - Foto Getty Images
Lampard kecewa pasukannya dinafikan untuk mendapat penalti pada saat akhir ketika tewas 0-1 kepada Manchester City. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Everton, Frank Lampard berang dengan tindakan pengadil perlawanan yang tidak memberi sepakan penalti pada pasukannya ketika kalah 0-1 kepada Manchester City, awal pagi tadi.

Menurut Lampard, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pun akan melihat pasukannya harus mendapat penalti selepas pemain tengah City, menggunakan tangan untuk mengawal bola di dalam petak penalti mereka sendiri.

“Keputusan itu sangat luar biasa sehingga menyebabkan kami kehilangan peluang untuk mendapatkan keputusan positif pada perlawanan ini.

“Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk pengadil memberikan kami penalti selepas melihat VAR kerana ia sungguh jelas bola mengenai lengannya.

“Sekiranya saya tunjuk perkara ini kepada anak perempuan saya berusia tiga tahun di rumah, dia sudah tentu akan cakap kami layak untuk mendapatkan penalti itu,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Everton bertahan dengan baik untuk menghalang City mencatat kemenangan namun kesilapan yang dilakukan tonggak pertahanan Michael Keane dihukum oleh jaringan Phil Foden lapan minit sebelum tampat perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Everton kini dibezakan satu mata di atas zon penyingkiran selepas mengumpul 22 mata daripada 24 perlawanan, paling rendah dalam kempen liga mereka sejak 1929-30.

Malah The Toffees kini berada dalam kedudukan yang bahaya untuk tersingkir selepas pencabar terdekat Burnley menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!