Kompaun wartawan bertugas di PRN Johor dibatalkan: Khairy
SIMPANG RENGGAM - Kompaun yang dikenakan kepada seorang wartawan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu dibatalkan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, laporan yang dikeluarkan bukan salah wartawan tersebut.
“Saya dah minta saman itu dibatalkan kerana tengok balik laporan itu bukan salah dia.
“Saya beritahu pada penguatkuasa sekiranya wartawan buat kerja dan ini bukan salah dia maka tidak perlu,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Klinik Kesihatan Simpang Renggam pada Ahad.
Pada Sabtu, seorang wartawan akhbar mandarin Sin Chew Daily, dikompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kesalahan melanggar SOP semasa menemuramah calon Bebas, Norramadan Buan di Pusat Penamaan Calon di DUN Larkin, Johor Bahru.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka seharusnya diberi amaran dan teguran sebelum mengeluarkan kompaun kepada wartawan.
“Tetapi minta tolong daripada wartawan untuk jaga prosedur operasi standard (SOP).
“Saya beritahu kepada pasukan (KKM) wartawan yang buat kerja tidak perlu saman,” ujarnya.
Every death is serious. But now we are seeing deaths rate coming down drastically compared to Delta wave. It is less severe now but it’s not a mild flu. We must continue to focus on protecting our high risk groups. Please get boosted. pic.twitter.com/t4efGNWLzs
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 26, 2022
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!