Paras air Empangan Kenyir terkawal: TNB

Maklumat tular di media sosial kononnya air Empangan Kenyir akan dilepaskan adalah palsu.
Maklumat tular di media sosial kononnya air Empangan Kenyir akan dilepaskan adalah palsu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Paras air Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jenagor, Hulu Terengganu setakat ini masih terkawal dan berada di bawah paras limpah.

TNB dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan penyebaran berita palsu dan merujuk kepada laman Facebook TNB Careline untuk sebarang maklumat terkini.

Katanya, pemantauan secara berterusan dijalankan dan maklumat berkaitan disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga_Nasional sahaja," jelas kenyataan itu.

Pada Ahad tular di media sosial kononnya bunyi siren di Empangan Kenyir menandakan penduduk terutama di daerah Hulu Terengganu perlu berhati-hati terhadap kemungkinan banjir lebih besar kerana air empangan akan dilepaskan.

Sementara itu, beberapa pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir yang dihubungi berharap orang ramai tidak menyebarkan berita palsu berhubung pelepasan air di empangan tersebut.

Sulong Mustafa, 51 berkata, paras air pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lalu dan air masih belum melimpah ke tempat letak kenderaan di Pengkalan Gawi sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.

"Jangan sebar perkara yang belum tentu kesahihannya kerana hanya menimbulkan panik di kalangan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan di sini masih terkawal dan tidak seperti mana yang digembar-gemburkan," katanya.

Seorang lagi pengusaha rumah bot, Zalani Endut berkata, paras air di Tasik Kenyir naik tinggi pada 2014.

"Setiap kali banjir mesti ada berita palsu disebarkan mengenai air empangan ini dan ia adalah palsu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!