Pelancong terkandas di Pulau Perhentian diselamatkan

Pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak Jumaat diselamatkan selepas keadaan cuaca baik pada Ahad.
Pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak Jumaat diselamatkan selepas keadaan cuaca baik pada Ahad.
A
A
A

KUALA BESUT - Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi Isnin.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi.

"Keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut. Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini,” katanya kepada Bernama.

Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian itu terkandas sejak Jumaat lepas ekoran keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Situasi tersebut menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!