Tumpat bakal dilanda banjir, penduduk diminta segera pindah

Air Sungai Golok mulai melimpah masuk ke Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat pada Isnin.
Air Sungai Golok mulai melimpah masuk ke Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat pada Isnin.
A
A
A
TUMPAT - Penduduk di jajahan ini yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan banjir ekoran keadaan air Sungai Golok dan Kelantan mengalir turun ke muara.

Ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini boleh menyebabkan banjir boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta berisiko dinasihatkan untuk berpindah segera jika diarahkan berbuat demikian.

"Kami tidak mahu bila tiba malam, air sudah melimpah ke dalam rumah baru hendak berpindah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, situasi tersebut akan menyukarkan penugasan pihak berkuasa untuk melakukan operasi menyelamat.

Katanya, situasi itu turut mendedahkan anggota penyelamat dan mangsa banjir kepada bahaya ekoran cuaca yang gelap.

Beliau berkata, polis berharap penduduk dapat memberikan kerjasama sekali gus memudahkan urusan menyelamat.

Sementara itu portal ebanjirkelantan.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Pengkalan Kubor di sini sudah melepasi paras amaran iaitu 2.65 meter berbanding normal 0.7 meter.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!