Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor tawar barangan harga berpatutan
SHAH ALAM - Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor dijangka diadakan di 64 kawasan di seluruh negeri ini dalam usaha mengurangkan beban rakyat yang dihimpit dengan kenaikan harga barang.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Negeri, Ir Izham Hashim berkata, program itu sudah dikenal pasti dan pelaksanaan bermula di Sabak Bernam pada Sabtu.
Menurutnya, program jualan itu dijangka akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Program ini tidak mustahil akan diperluaskan dari semasa ke semasa di seluruh Selangor jika mendapat permintaan daripada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Perasmian Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor di Balai Rakyat, Taman Berjaya, di sini pada Ahad.
Izham berkata, pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan dan telur.
“Kami menyasarkan sebanyak 150 ekor ayam, 50 kilogram (kg) daging dan 100 papan telur dijual pada setiap siri jelajah program ini.
“Program ini menawarkan harga ayam jauh lebih murah. Seekor ayam dijual pada harga RM12 berbanding di pasaran luar yang dijual RM15 seekor atau lebih tinggi,” katanya.
Beliau memberitahu, program itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada orang ramai
mendapatkan harga murah tetapi membantu peniaga atau warga tani memasarkan produk masing-masing.
Menurutnya, pembeli akan mendapat harga yang rendah dengan kualiti barangan terbaik, manakala golongan peniaga dapat meningkatkan pendapatan.Katanya, semua pihak mendapat keuntungan hasil daripada jualan prihatin itu dan ia se cara tidak langsung membolehkan rakyat menyimpan wang untuk perbelanjaan lain.
“Kerajaan negeri amat prihatin soal membantu rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang yang tinggi.
“Kita berharap program ini dapat membantu kelangsungan hidup rakyat dalam situasi harga barang yang dilaporkan kian meningkat,” jelasnya.
Harga rendahSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, program jualan itu menawarkan harga barang yang lebih rendah berbanding harga di pasaran.Jelas beliau, PKPS menyertai jelajah anjuran kerajaan negeri bagi membolehkan rakyat di negeri ini menikmati harga terendah.
“Sudah tentu kita ingin menawarkan harga berpatutan pada masa ini selaras dengan kehendak kerajaan negeri untuk membantu rakyat,” ujarnya.
Mengulas mengenai stok bekalan barangan yang dijual sepanjang penganjuran jualan ini, Mohamad Khairil memberitahu, PKPS tidak berdepan masalah kerana produk dihasilkan dari ladang dan bekerjasama baik dengan pihak lain.
“Kami mampu menghasilkan sebanyak 530,000 ekor ayam dalam tempoh 32 hari dan dari segi pasaran kita tiada masalah.
“Begitu juga dengan bekalan ikan, kita bekerjasama dengan Lembaga Kemahiran Ikan Malaysia (LKIM) bagi mendapatkan bekalan,” ujarnya.
Jelasnya, sebanyak 10 tan metrik bekalan ikan dijangka dijual dalam siri jelajah itu.
Pihaknya menggerakkan lori ke tempat jualan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.
Selain itu pihaknya turut mendapat kerjasama baik dan sokongan daripada rakan strategik iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi membekalkan telur ayam.
“Ini salah satu usaha yang diambil PKPS untuk sama-sama membantu mengurangkan harga barang keperluan harian,” katanya.
Reaksi rakyat"Harga barangan yang ditawarkan pada jualan prihatin amat b e r p a t u t a n misalnya ikan kembung hanya berharga RM15 sekilogram berbanding RM20 sekilogram di tempat lain.
"Kita harap jualan ini diperluas dan diteruskan pada masa akan datang.” - Pekerja swasta, Amira Syahira Mohd Rizal, 26.“Saya terkejut juga apabila daging dijual pada harga RM39 sekilogram berbanding lebih RM45 sekilogram di pasar. Alhamdulillah penduduk di Sabak Bernam beruntung kerana dapat membeli pada harga jauh lebih rendah bagi mengurangkan bebanan terutama berdepan dengan kenaikan harga barang.” - Peniaga, Khalilah Amiruddin, 63.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!