Rusia-Ukraine adakan rundingan

Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov (dua dari kiri) tiba di wilayah Gomel, Belarus untuk rundingan antara Kiev dan Moscow pada Isnin. - Foto AFP
Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov (dua dari kiri) tiba di wilayah Gomel, Belarus untuk rundingan antara Kiev dan Moscow pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Rusia mahu mencapai kesepakatan dengan Ukraine untuk menamatkan konflik yang semakin meruncing antara kedua-dua negara.

Perkara itu dizahirkan perundung Kremlin pada Isnin selepas kempen pencerobohan Moscow di Kiev kini memasuki hari yang kelima.

"Kami pasti bersetuju dalam beberapa perjanjian," kata pembantu kepada Presiden Rusia, Vladimir Medinsky yang mewakili delegasi Moscow untuk menyertai rundingan di wilayah Gomel, Belarus.

Delegasi Ukraine juga dilaporkan telah tiba di kawasan bersempadan Minsk untuk menjayakan proses damai tersebut yang dijangka bermula pada tengah hari (waktu tempatan).

Sebelum ini, Kiev menuntut pelaksanaan gencatan senjata dan pengunduran pasukan tentera Rusia setelah pihak musuh tersebut dikatakan telah memperlahankan rentak serangan mereka.

"Ia adalah kunci utama rundingan tersebut," tegas pejabat presiden dalam satu kenyataan.

Presiden Ukraine, Volodymr Zelensky juga menggesa tentera Rusia supaya meletakkan senjata sebagai usaha untuk meredakan konflik tersebut.

"Keluar dari negara ini. Jangan percaya dengan kata-kata komander anda atau propaganda perang. Selamatkan nyawa anda sendiri," katanya kepada tentera Rusia sambil menambah lebih 4,500 anggota pihak musuh dipercayai telah terkorban sejak lima hari lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: