Gempar! pemancing terkejut jumpa bangkai ikan besar

Gambar ikan matahari tular di media sosial.
Gambar ikan matahari tular di media sosial.
A
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA. Gempar! Dua pemancing tergamam apabila menemukan bangkai ikan matahari gergasi yang terdampar di pantai.

Linette Grzelak dan Steven Jones menemukan ikan itu di satu kawasan pantai Goolwa Pipico yang terletak kira-kira 25 kilometer dari River Murray, sebuah destinasi memancing serta pelancongan popular di Australia Selatan.

Terdahulu, Grzelak telah memuat naik gambar ikan itu di Facebook hingga tular di media sosial.

"Pada awalnya, saya ingat ia adalah palsu. Ikan itu kelihatan besar seperti kayu. Jones menemui terdampar di pantai," katanya.

Menerusi laporan ABC, ikan matahari itu dianggarkan sepanjang 2.5 meter dengan berat mencecah beberapa ratus kilogram.

Sementara itu, pengurus muzium ikan Australia Selatan, Ralph Foster, berkata, spesis itu sangat jarang ditemui.

"Saya benar-benar melihatnya, kami percaya tiga spesies ikan ada di sini namun ikan jenis ini sebenarnya paling jarang di perairan Selatan Australia," katanya.

Katanya, ikan matahari atau dikenali sebagai mola mola boleh membesar hingga mencecah tiga meter panjang dengan berat mencecah 2.5 tan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!