Ombak raksasa 'serang' Bali?

Pelancong wanita bergambar berlatar belakangkan ombak besar tular di media sosial.
Pelancong wanita bergambar berlatar belakangkan ombak besar tular di media sosial.
A
A
A

BALI - INDONESIA. Susulan kejadian gempa bumi bermagnitud melebihi 5 skala ritchter melanda Lombok kelmarin.

Berlaku pula ombak besar 'menyerang' kepulauan Bali Indonesia hingga mengakibatkan para pelancong segera menyelamatkan diri.

Tular di media sosial, video seorang wanita sedang bergambar di atas tebing batu di tepi pantai Nusa Lembongan Bali sebelum 'ditolak' ombak raksasa dari arah belakang.

Video berdurasi lima saat itu memperlihatkan kegembiraan wanita bergambar berlatar belakangkan ombang setinggi lebih tiga meter sebelum bertukar tragedi.

Dalam beberapa saat dia 'diserang' pukulan ombak hingga tercampak termasuk perakam video juga mengalami nasib yang sama.

Insiden itu nyata mengejutkan semua pelancong dan difahamkan wanita itu selamat hanya mengalami kecederaan ringan.

Seseorang individu melalui status Twitter mendakwa bahawa kejadian ombak itu digelar sebagai 'devil tears'.

Kebanyakkan pelancong sudah diberi amaran untuk menjauhi kawasan batu basah dan tidak membelakangi pantai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!