Tuchel pertahan keputusan bawa masuk Kepa

Aksi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher (kanan) ketika sepakan Kepa tinggi melepasi gawang The Reds. - Foto AFP
Aksi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher (kanan) ketika sepakan Kepa tinggi melepasi gawang The Reds. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mempertahankan tindakan membawa masuk penjaga gol, Kepa Arrizabalaga menggantikan Edouard Mendy pada masa tambahan ketika berdepan Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley.

Malah menurut Tuchel, pemain dari Sepanyol itu juga tidak boleh dipersalahkan apabila The Blues tewas 11-10 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

“Adakah anda fikir kami melakukan perubahan taktikal ini tanpa berbincang dengan para pemain?

Pemain mengetahui rancangan itu, malah kami melakukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini

“Ya, dia agak teruk hari ini hanya kerana dia terlepas penalti itu, tapi saya tidak menyalahkannya, namun sekiranya anda mahu menyalahkan seseorang berikutan keputusan perlawanan ini, sila salahkan saya.

“Saya mengambil setiap tanggungjawab dalam perlawanan ini, dan tindakan saya bukan bertujuan untuk menjadikan Kepa wira.

Hari ini sahaja 11 penalti diambil bagi menentukan pemenang kejuaraan Piala Liga,” kata pengendali kelahiran Jerman berusia 48 tahun tersebut.

Perancangan awal Tuchel membawa masuk Kepa sebelum itu bagi menggunakan kepakaran pemain berkenaan ketika penentuan penalti, namun dia gagal melakukannya sebelum menyepak tinggi melepasi gawang.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Chelsea menggantikan Kepa untuk Mendy semasa penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Super Eropah menentang Villarreal yang menyaksikan kemenangan The Blues 6-5 di Windsor Park, Belfast pada Ogos lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!