Banjir: JBPM agih lebih 1.1 tan bekalan makanan

Abdul Wahab membuat pemerhatian dari udara ke atas kawasan yang terjejas banjir di sekitar Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
Abdul Wahab membuat pemerhatian dari udara ke atas kawasan yang terjejas banjir di sekitar Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Isnin mengagihkan lebih satu tan bekalan makanan keperluan asas kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, bantuan bekalan makanan seperti beras dan gula itu bukan sahaja diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diberikan ke kawasan penduduk yang terputus hubungan laluan akibat dinaiki air.

"Sebanyak 1.1 tan bekalan makanan diserahkan ke Terengganu, manakala 500 kilogram lagi kepada mangsa banjir di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan udara banjir sekitar Kota Bharu dan Rantau Panjang, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdul Wahab berkata, JBPM sentiasa bersiap sedia untuk menambah aset sekiranya berlaku peningkatan jumlah mangsa banjir yang perlu diselamatkan.

"Ketika ini kita mempunyai seramai 13,000 anggota sepenuh masa, 2,000 bomba bantuan dan 13,500 bomba sukarelawan yang bersiap sedia untuk digerakkan ke negeri yang terlibat banjir," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!