Brunei perkenal sistem prabayar air

Pengenalan sistem itu bertujuan mengatasi masalah pembaziran air di negara berkenaan.
Pengenalan sistem itu bertujuan mengatasi masalah pembaziran air di negara berkenaan.
A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei dijangka memperkenalkan sistem penggunaan meter air berkonsepkan prabayar bermula tahun ini.

Pengenalan sistem itu bertujuan mengatasi masalah pembaziran air di negara berkenaan.

“Penggunaan air bersih di Brunei masih lagi tertinggi di Asean iaitu kira-kira 380 liter setiap orang sehari,” kata Menteri Pembangunan Suhaimi Gafar, awal minggu ini.

Katanya, sistem itu akan diperkenalkan secara berperingkat.

“Perubahan itu akan dilaksanakan pada masa sesuai bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan mengalami kesukaran terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!