Tentera Rusia rampas kemudahan nuklear utama Ukraine

Kemudahan nuklear itu diambil alih selepas tentera Rusia menguasai bandar Berdyansk, Energodar. - Foto Agensi
Kemudahan nuklear itu diambil alih selepas tentera Rusia menguasai bandar Berdyansk, Energodar. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Tentera Rusia telah mengambil alih kawasan sekitar Loji Tenaga Nuklear Zaporozhskaya, menurut Kementerian Pertahanan pada Isnin, beberapa hari selepas Moscow menawan kemudahan Chernobyl sehingga menyebabkan kenaikan paras radiasi.

"Pasukan tentera kami telah menguasai bandar Berdyansk, Energodar dan melindungi kawasan sekitar kemudahan nuklear utama tersebut," kata jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral, Igor Konashenkov.

Menurutnya, kakitangan di kemudahan itu masih bekerja seperti biasa dan melakukan pengawasan untuk memastikan tidak berlaku peningkatan radiasi.

Sementara itu, rakaman video berdurasi dua minit dikeluarkan kementerian berkenaan menunjukkan kawasan sekitar kemudahan Chernobyl yang dikawal anggota bersenjatakan raifal dan dua lelaki berpakaian seragam tentera.

Jelas klip itu, keadaan di kemudahan yang pernah mencetuskan bencana nuklear terburuk pada 1986 adalah stabil dengan paras radiasi dipantau sekurang-kurangnya enam kali sehari. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!