Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan: PM

Al-Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama dalam usaha memakmurkan negara, pengawalan pandemik Covid-19 dan pengurusan bencana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perkongsian di Facebooknya pada Isnin berkata, Seri Paduka Baginda turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda menyambut baik program Aspirasi Keluarga Malaysia.

Seri Paduka Baginda gembira dengan kestabilan politik ketika ini dan mahu kestabilan itu dikekalkan dengan mengurangkan ‘berpolitiking’,” katanya.

Beliau memuat naik hantaran itu setelah selesai menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Isnin.

"Patik juga setuju dan setia menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk terus fokus dalam menjaga kepentingan rakyat,” kata Perdana Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!