TMJ ulas masa depan Arif Aiman

Arif Aiman menggondol tiga anugerah termasuk meraih gelaran MVP pada ABK21 tahun lalu.
Arif Aiman menggondol tiga anugerah termasuk meraih gelaran MVP pada ABK21 tahun lalu.
A
A
A

KELIBAT pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi sekali lagi mencuri tumpuan ketika perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu.

Gerakan lincah pemain yang baru berusia 19 tahun itu ternyata menjadi senjata terbaik JDT bagi menggempur kubu Kuala Lumpur (KL) City FC.

Hasilnya, JDT memperoleh gol pembukaan menerusi Nazmi Faiz Mansor hasil hantaran Arif Aiman yang bijak memperdaya pertahanan KL City, Declan Lambert.

Melihatkan prospek Arif Aiman yang kini dianggap aset Harimau Malaya, ramai pihak termasuk penganalisis bola sepak tempatan mencadangkan dia berkelana di luar negara bagi mengembangkan bakatnya.

Bagi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baginda berpendapat bermain di luar negara sama sekali tidak memberi sebarang jaminan kepada perkembangan prestasi pemain berusia 19 tahun itu.

“Mana-mana liga okay asalkan ada jurulatih dan sistem yang boleh improve dia. Tak semestinya main luar negara bagus. Hadi Fayyadh dan Lokman (Luqman Hakim Shamsudin) apa cerita?

“Bila main national team perform? So is not about liga mana dia main. Is about system,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menerusi satu komen di laman Instagramnya.

Kelibat Arif Aiman mula mendapat perhatian apabila dia sering menjadi pilihan pengendali JDT, Benjamin Mora berada dalam kesebelasan utama Harimau Selatan musim lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21), Arif Aiman dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP), sekali gus muncul pemain paling muda merangkul anugerah utama itu.

Selain memenangi anugerah itu, Arif Aiman turut merangkul gelaran Anugerah Penyerang Terbaik dan Anugerah Pemain Muda Terbaik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!