Lelaki Ukraine pindahkan periuk api dengan tangan
KIEV - Seorang lelaki dengan beraninya memindahkan periuk api antikereta kebal dengan kedua-dua tangannya sambil menghisap rokok di bandar Berdyansk, selatan Ukraine baru-baru ini.
Lelaki tersebut dilihat memegang periuk api yang tidak meletup itu dan berjalan menuju ke kawasan hutan.
Aksi lelaki yang bercakap dalam bahasa Ukraine tetapi identitinya masih belum diketahui itu dirakamkan menerusi video.
Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan membawa periuk api tersebut dengan kedua-dua tangannya dengan penuh berhati-hati.
Dia membawa periuk api tersebut dan berjalan menyeberangi sebatang jalan raya dan menuju ke arah hutan sebelum video tersebut berakhir.
Tidak diketahui apa kesudahan yang berlaku ke atas lelaki berkenaan dan periuk api itu.
Aksi lelaki itu berlaku ketika askar-askar Rusia mendapat tentangan sengit daripada anggota-anggota tentera Ukraine yang menyerang negara tersebut pada Khamis lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!