Putin dilucut tali pinggang hitam

Taekwondo Dunia memutuskan menarik balik tali pinggang kehormat kesembilan dan hitam yang diberikan kepada Putin pada November 2013.
Taekwondo Dunia memutuskan menarik balik tali pinggang kehormat kesembilan dan hitam yang diberikan kepada Putin pada November 2013.
A
A
A

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dilucutkan tali pinggang hitam kehormat taekwondonya berikutan pencerobohan negaranya ke atas Ukraine minggu lalu, menurut Taekwondo Dunia.

Taekwondo Dunia berteraskan motonya 'Kedamaian lebih berharga daripada kemenangan', mengutuk tindakan ketenteraan Rusia di Ukraine dengan menyifatkan serangan kejam terhadap nyawa yang tidak bersalah melanggar nilai hormat dan toleransi sukan itu.

"Dalam hal ini, Taekwondo Dunia telah memutuskan untuk menarik balik tali pinggang kehormat kesembilan dan hitam yang diberikan kepada Putin pada November 2013.

"Badan induk ini juga akan menyertai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dalam mengharamkan bendera dan lagu Rusia pada acaranya," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Keputusan Taekwondo Dunia itu susulan tindakan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) menggantung status Putin sebagai presiden kehormat dan duta berikutan konflik perang yang berterusan di Ukraine.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!