Rundingan damai Rusia-Ukraine seterusnya di sempadan Belarus-Poland

Vladimir Medinsky - Foto EPA
Vladimir Medinsky - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Pusingan rundingan damai Rusia-Ukraine seterusnya akan berlangsung di sempadan Belarus-Poland dalam beberapa hari lagi, menurut ketua delegasi Rusia, Vladimir Medinsky pada rundingan yang diadakan di Belarus, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Rusia RIA Novosti, Isnin.

"Paling penting, kami bersetuju untuk meneruskan proses rundingan, pertemuan seterusnya akan diadakan dalam beberapa hari lagi di sempadan Poland-Belarus," kata Medinsky selepas rundingan itu.

Medinsky juga menegaskan bahawa para perwakilan kini akan kembali ke ibu negara masing-masing untuk membincangkan lebih lanjut semua aspek rundingan dan akan bertemu lagi untuk pusingan rundingan seterusnya.

"Kami menemui beberapa isu yang kami jangka menyaksikan pendirian yang sama," kata pegawai itu.

Semasa rundingan itu, semua aspek rundingan telah dibincangkan secara terperinci, tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!