RM8.1 juta kutipan fidyah di Selangor sudah diagihkan

Ahmad Shahir
Ahmad Shahir
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak RM9.8 juta fidyah telah dilunaskan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbanding sasaran RM7 juta pada tahun lalu.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, hasil kutipan itu juga menunjukkan peningkatan berbanding sasaran sebanyak RM7 juta pada tahun sama.

"Hasil kutipan fidyah ini sebanyak RM8.1 telah diagihkan kepada mereka yang layak.

"Pada tahun lalu, MAIS bersama Lembaga Zakat Selangor iaitu ejen kutipan fidyah MAIS telah menggiatkan pelbagai program dakwah dan kesedaran berkaitan kewajipan melunaskan fidyah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Shahir berkata, pihaknya menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM8.5 juta pada tahun ini.

"Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk mentadbir hal ehwal Islam negeri Selangor, MAIS melalui Sektor Baitulmal komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan harta orang Islam yang berkualiti bagi manfaat umat Islam dalam negeri ini.

"Justeru, MAIS ingin mengajak masyarakat untuk celik, cakna dan memahami maksud fidyah atau qada puasa sebagaimana yang dituntut dalam hukum syarak," katanya.

MAIS pada Selasa turut melancarkan Kempen Fidyah Negeri Selangor dalam Webinar 'Lunaskan Fidyah – Kewajipan Yang Sering Dilupakan' bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kewajipan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Perasmian Kempen Fidyah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha (Operasi), Nurhani Salwa Jamaluddin yang disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Agama Islam Selangor di sini.

Mengulas mengenai kempen fidyah di Selangor, Ahmad Shahir berkata, program itu berlangsung mulai Selasa hingga 25 Mac ini.

"Pelbagai program telah diatur sepanjang kempen ini antaranya sesi Webinar Lunaskan Fidyah pada 1 Mac 2022, Forum Fidyah di Masjid Cahaya Iman Bandar Country Home, Rawang pada 2 Mac 202.

"Selain itu, program Sembang Santai Fidyah di Facebook MAIS sebanyak tiga episod iaitu pada 8, 15 dan 22 Mac pada jam 9.30 pagi," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!