RM6.9 juta bantuan awal persekolahan

Dr Asmadi Abdul Rahman
Dr Asmadi Abdul Rahman
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta wang zakat sebagai bantuan awal persekolahan sempena sesi baharu persekolahan bermula pertengahan bulan ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, permohonan secara dalam talian kini dibuka dan tarikh tutup pada 15 Mac depan.

"Syarat utama ialah asnaf fakir miskin di Pahang dan berdaftar sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan sahaja. Selain itu, golongan yang layak memohon bantuan awal persekolahan ialah asnaf mualaf," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya, setiap pemohon layak menerima bantuan sebanyak RM150 bagi murid sekolah rendah dan RM200 untuk pelajar sekolah menengah.

Tambahnya, bantuan sekali bayar disediakan bagi meringankan beban golongan terbabit menjelang sesi persekolahan baharu.

"Kita jangka seramai 34,924 individu layak menerima bantuan awal persekolahan dan bantuan berkenaan antara usaha dilakukan MUIP membantu golongan asnaf secara berterusan di negeri ini.

"Permohonan bantuan awal persekolahan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang easnaf.muip.gov.my," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!