Hishammuddin zahir penghargaan kepada tentera darat

Facebook Hishammuddin
Facebook Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan penghargaan kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sempena Hari Tentera Darat ke-89 yang disambut pada Selasa.

Menerusi catatan di Facebooknya, Hishammuddin mengucapkan terima kasih kepada anggota Tentera Darat yang komited menjalankan tugas dalam pengurusan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas, selain mempertaruhkan nyawa dalam membantu pengurusan bencana banjir.

"Dalam dua tahun ini, kita dapat lihat pelbagai keupayaan dan kepakaran mereka. Merawat ribuan pesakit Covid-19 di Hospital-hospital Medan. Beri vaksinasi kepada puluhan ribu penduduk di pedalaman.

"Hujan panas, siang malam tetap berdiri teguh bantu operasi Sekatan Jalan Raya. Malah setiap kali banjir, mereka jugalah antara pasukan yang merisikokan nyawa dan keselamatan. Itu hanya sebahagian dan tugas sekunder,” katanya.

Beliau berkata, hakikatnya banyak lagi kehebatan mereka terutama dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia selama hampir sembilan dekad ini.

Pada catatan yang dimuat naik di Facebook rasminya itu, beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat yang ke-89.

"Terima kasih Tentera Darat Malaysia! Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke-89. Diuji tidak berundur, dicabar tidak mengalah, ditentang tidak gentar,” katanya.

Hari Tentera Darat disambut pada 1 Mac setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 dengan tema 'Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin' tahun ini berlangsung secara fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada hari ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!