6 direman bantu siasatan kes rasuah pegawai TNB

Kesemua suspek berpakaian lokap SPRM hadir di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman untuk membuat siasatan.
Kesemua suspek berpakaian lokap SPRM hadir di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman untuk membuat siasatan.
A
A
A

IPOH - Enam lelaki direman bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah secara bulanan berjumlah RM153,500 kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kesemua suspek yang berusia 29 hingga 67 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan permohonan SPRM untuk menahan semua suspek terbabit selama empat hari mulai Selasa.

SPRM Perak pada Isnin melancarkan Ops Power yang membawa kepada penangkapan enam suspek di beberapa lokasi di sekitar Perak.

Difahamkan kesemua suspek disyaki memberi wang rasuah secara bulanan antara RM500 hingga RM15,000 kepada Pegawai TNB Zon Utara dan Zon Selatan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti mencuri elektrik bagi menjalankan perlombongan Bitcoin dan operasi kilang kayu.

Keenam-enam suspek yang ditahan itu akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan mengenai kes tersebut dan memaklumkan siasatan sedang dilakukan berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!