Jelajah memancing kebangsaan buka tirai

Program sempena Malaysia Surfcasting Tour: A Journey To Visit Malaysia 2020

No Image Caption
A
A
A

SEMPENA Malaysia Surfcasting Tour: A Journey To Visit Malaysia 2020, satu siri jelajah memancing kebangsaan membuka tirai di Pantai Puteri, Melaka, Ahad lalu.

Penganjuran aktiviti itu sekaligus telah memberi satu dimensi baharu kepada industri pelancongan negara.

Acara julung kali yang diadakan berkonsepkan grand prix itu dianjurkan oleh Wakjali Event Management dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ia berjaya menarik hampir 1,800 peserta dari seluruh negara dan beberapa peserta dari negara jiran.

Rezeki Menariknya, siri jelajah memancing kebangsaan itu dilihat turut berjaya membantu meningkatkan industri pelancongan domestik.

Lihat sahaja, homestay, hotel dan chalet penuh dengan pelanggan. Manakala, para peniaga makanan dan perniagaan runcit lain secara tidak langsung mendapat tambahan rezeki.

Tinjauan penulis di sekitar Pantai Puteri mendapati, semua homestay habis dipesan dan rata-rata hotel pula menerima kapasiti tempahan yang tinggi.

Sepanjang jalan iaitu 2.5 kilometer di Pantai Puteri juga, rakyat tempatan mengambil kesempatan di sebalik program ini dengan berniaga minuman dan makanan.

Artikel Berkaitan:

Malah, ada peniaga yang bersengkang mata selama 24 jam untuk berniaga berikutan kebanyakan pemancing sudah berada di lokasi pertandingan sejak Sabtu lalu.

Beralih kepada senario memancing pula. Umpan udang hidup dijual pada harga RM1 seekor manakala seekor perumpun (cacing laut) berharga RM12 seekor.

Secara puratanya, seorang pemancing akan menggunakan sekurang-kurangnya 15 ekor udang hidup dan seekor perumpun. Ini bermakna seorang pemancing membelanjakan RM27 untuk bekalan umpan.

Kehadiran 1,800 pemancing yang mendapatkan bekalan umpan sahaja dianggarkan bernilai RM27,000.

PemenangPada acara memancing tersebut, pemancing tuan rumah, Mohamad Faizul Mohamad Ali yang menaikkan ikan daun baru seberat 945 gram muncul juara, sekaligus membawa pulang RM70,000.

Tempat kedua pula disandang Muhammad Abdul Salam dari Johor yang menjinakkan ikan daun baru 885 gram (menerima hadiah wang tunani RM12,000) manakala Airuddin Ismail diumumkan berada di tempat ketiga.

Airuddin menaikkan ikan kurau seberat 815 gram. Dengan itu, wang bernilai RM5,000 menjadi miliknya.

Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Domestik dan Acara), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor, Juhari Osman; Pengurus Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia (Domestiik dan Acara), Amirul Rizal Abdul Rahim.

Selain memancing, kebanyakan peserta juga mengambil kesempatan beriadah bersama keluarga.

Mereka turut mengambil peluang berkunjung ke tempat-tempat menarik di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Siri kedua acara ini akan diadakan di Pantai Bisikan Bayu, Kelantan pada 13 April ini manakala siri ketiga di Pantai Remis, Kuala Selangor (28 April 2019).

Juara keseluruhan jelajah memancing 10 pusingan ini bakal membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi, tempat kedua (Perodua Bezza) manakala tempat ketiga akan menerima Perodua Axia.

Kepada orang ramai yang ingin maklumat lanjut tentang acara hebat ini, sila hubungi talian 019-620 3049, 012-214 1401 dan 013-383 8655.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!