12 maut kejadian tanah runtuh di lombong jed utara Myanmar

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

YANGON - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lombong jed di negeri Kachin, utara Myanmar lewat Isnin, kata polis tempatan pada Selasa.

"Tanah runtuh berlaku malam tadi. Hampir 40 pencari jed tertimbus. Dua belas mayat ditemui pagi ini dan operasi menyelamat sedang dijalankan," kata polis kepada Xinhua.

Angka kematian mungkin meningkat dalam kejadian di tapak perlombongan jed lama di kampung Mat Lin Chaung di perbandaran Hpakant, negeri Kachin pada 22.35 malam waktu tempatan, Isnin, kata seorang penduduk tempatan.

Kejadian tanah runtuh yang membawa maut kerap berlaku di negeri Kachin, terutamanya di kawasan perlombongan Hpakant.

Ramai penduduk tempatan mencari jed sebagai mata pencarian di daerah itu dan kebanyakan tanah runtuh berpunca daripada runtuhan sebahagian timbunan atau empangan.

Tanah runtuh melibatkan angka kematian terbesar berlaku di tapak perlombongan jed di perbandaran Hpakant pada Julai 2020, menyebabkan 174 maut dan 54 yang lain cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!