Kerajaan akan keluar kenyataan isu pampasan waris sultan Sulu

Ismail Sabri (tengah) ketika sidang media pada Selasa.
Ismail Sabri (tengah) ketika sidang media pada Selasa.
A
A
A

SEPANG - Malaysia akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung laporan mengenai arahan pembayaran pampasan bernilai kira-kira RM63 bilion kepada waris sultan Sulu yang terakhir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan bersama itu akan dikeluarkan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Jabatan Peguam Negara.

“KLN dan Jabatan Peguam Negara akan keluarkan kenyataan bersama kemudian,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Pada Isnin, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada waris sultan Sulu itu sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Stampa dipetik sebagai berkata, dengan tidak membayar wang pemisahan sejak 2013, Malaysia telah melanggar perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo.

Justeru katanya, Malaysia kini mempunyai tiga bulan untuk membayar pampasan tersebut atau berisiko membayar faedah, melainkan anugerah tersebut dibatalkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!