Adik Anwar Ibrahim meninggal dunia
SHAH ALAM - Adik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia.
Sinar Harian difahamkan, Allahyarham Rusli Ibrahim, 74, disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang.
Anwar memaklumkan perkara itu menerusi ciapannya di Twitter.
"Adik saya Rusli Ibrahim baru sahaja menyahut panggilan ilahi di Hospital Selayang. Mohon teman-teman mendoakan ruhnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa,"katanya.
Difahamkan Rusli berada di Hospital Selayang sejak beberapa minggu lalu, bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan kepada pihak umum.
Rusli yang merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik antara individu yang sering menjadi jurucakap bagi pihak Anwar sepanjang Ahli Parlimen Port Dickson itu berada dalam penjara.
Adik saya Rusli Ibrahim baru sahaja menyahut panggilan ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 1, 2022
Mohon teman-teman mendoakan ruhnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa.
Al Fatihah. pic.twitter.com/I885Z7yOep
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!