UEFA batalkan penajaan dengan Gazprom

No Image Caption
A
A
A

KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) membatalkan perjanjian penajaan dengan syarikat tenaga Rusia Gazprom, kata badan induk bola sepak Eropah susulan reaksi terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

“UEFA hari ini telah memutuskan untuk menamatkan segala perkongsiannya dengan Gazprom dalam semua pertandingan.

“Keputusan itu berkuat kuasa serta-merta dan melibatkan semua perjanjian sedia ada termasuk Liga Juara-Juara, pertandingan pasukan kebangsaan UEFA dan Euro 2024,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, perjanjian penajaan sejak 2012 itu dilaporkan bernilai sekitar 40 juta euro (RM187.4 juta) setiap musim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!