'Ada presiden parti politik hubungi saya'

Najib (dua dari kiri) pada sidang media di bilik gerakannya di Bukit Pasir pada Selasa.
Najib (dua dari kiri) pada sidang media di bilik gerakannya di Bukit Pasir pada Selasa.
A
A
A

PAGOH - Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep mendakwa ada presiden sebuah parti politik menghubunginya selepas beliau mengambil langkah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi berkenaan berkata, panggilan itu diterima olehnya pada jam 3.30 pagi Isnin.

Bagaimanapun, Najib enggan mendedahkan siapa individu tersebut dan sebab mahu menghubunginya.

“Dia nak jumpa tapi saya tak boleh sebut siapa yang telefon,” katanya pada sidang media di bilik gerakannya di Bukit Pasir pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan keahlian Najib dalam Pas terbatal secara automatik susulan bertanding sebagai calon bebas di DUN Bukit Pasir.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Najib bertentangan dengan arahan dan keputusan parti.

Mengulas lanjut, Najib berkata, selain presiden sebuah parti berkenaan, terdapat sekurang-kurangnya lima orang yang lain menghubunginya.

"Yang risik saya empat (hingga) lima orang dengan membuat panggilan telefon peribadi.

Artikel Berkaitan:

"Salah seorang daripada mereka adalah presiden, tapi bukan parti besar pun parti biasa sahaja,” ujarnya.

Mengulas mengenai keputusannya melanggar wala’ ahli Pas, Najib berkata pucuk pimpinan yang diketuai Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mendengar luahan atau pendapat akar umbi khususnya di DUN Bukit Pasir sehingga ia menjadi kemelut.

“Sebagai yang mengepalai ahli-ahli di DUN Bukit Pasir ini merasakan tidak tahu nak buat apa. Bila kata ini arahan daripada atas, kita kena ikut.

“Tapi justifikasi untuk ikut itu tidak jelas. Kecelaruan berlaku di bawah,” katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!