Timbalan PM Ukraine hargai sumbangan terminal satelit Musk
KIEV - Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorovber menyatakan penghargaannya kepada bilionair Elon Musk kerana menghantar terminal satelit Starlink ke Ukraine yang kini sedang bergolak selepas diserang Rusia.
Beliau menyatakan penghargaan itu selepas terminal Starlink itu akan digunakan bagi membolehkan perkhidmatan internet di negara itu yang terganggu disebabkan oleh pencerobohan Rusia berfungsi dengan baik.
Pada Sabtu lalu, Musk menjawab rayuan Fedorov yang telah memintanya untuk membantu negara yang sedang dilanda peperangan itu bagi mendapatkan akses internet.
Bagaimanapun, Fedorov menciap di Twitter pada Isnin lalu dengan menghantar penghargaan iaitu: "Terima Kasih Starlink di sini."
Beliau menyertakan gambar bersama gambar trak yang dipenuhi dengan peralatan itu.
Musk kemudian segera membalas dengan ciapan: "Sama-sama".
Stesen berita Eropah Timur, Nexta melaporkan bahawa satelit itu telah menyediakan perkhidmatan pada kelajuan 100 megabit persaat yang merupakan jalur lebar yang mencukupi untuk menstrim filem, bermain permainan dan bekerja dari rumah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!