Hujan peluru bertalu-talu sasar Kharkiv, Kiev

Keadaan di dataran di luar bangunan majlis perbandaran tempatan di Kharkiv yang musnah akibat dibedil tentera Rusia pada Selasa yang turut meragut 10 nyawa. - Foto: AFP
Keadaan di dataran di luar bangunan majlis perbandaran tempatan di Kharkiv yang musnah akibat dibedil tentera Rusia pada Selasa yang turut meragut 10 nyawa. - Foto: AFP
A
A
A

KIEV - Tentera Rusia melancarkan serangan udara menyasarkan blok perumahan dan menara TV utama di Kharkiv dan Kiev ketika Moscow semakin mara ke bandar-bandar utama.

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh di Kharkiv selepas 10 dilaporkan maut setelah bangunan kerajaan tempatan di bandar kedua terbesar tersebut dibedil beberapa jam sebelum itu.

"Kira-kira 10 mangsa lain ditemui terselamat di bawah runtuhan struktur berkenaan," ujar pegawai kerajaan.

Sementara itu, serangan ke atas menara TV Kiev telah meragut lima nyawa.

Difahamkan, bedilan tersebut dilancarkan selepas Moscow memberi amaran kepada penduduk Kiev yang tinggal berhampiran infrastruktur tersebut supaya meninggalkan kediaman masing-masing.

Susulan serangan bertalu-talu itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Kremlin melakukan jenayah perang ke atas negara itu walaupun ia menafikan kononnya mereka tidak menyasarkan infrastruktur orang awam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pelajar warga India disahkan terbunuh di Kharkiv ketika Moscow memperhebatkan kempen serangan mereka pada Selasa.

New Delhi dalam satu kenyataan menggesa Moscow dan Kiev memastikan laluan selamat kepada kira-kira 12,000 rakyat mereka yang masih terkandas. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!