9,063 mangsa di 29 PPS di Kelantan

Surau di Terbok laluan Pasir-Mas ke Rantau Panjang digenangi air sehingga ke paras bumbung selepas hujan berterusan sejak Jumaat lalu ketika tinjauan pada Selasa. Foto Bernama
Surau di Terbok laluan Pasir-Mas ke Rantau Panjang digenangi air sehingga ke paras bumbung selepas hujan berterusan sejak Jumaat lalu ketika tinjauan pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini melibatkan 9,063 mangsa dari 2,978 keluarga, sehingga pagi Rabu.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sehingga jam 9 pagi, PPS yang dibuka adalah melibatkan jajahan Tanah Merah, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah dan tidak mengalami hujan, namun kawasan-kawasan berisiko masih lagi dilimpahi air.

Sementara itu, menurut portal Mypublic Infobanjir, sehingga jam 9 pagi Rabu, tiada sungai yang mencatatkan paras bahaya.

Manakala, dua sungai berada pada paras waspada iaitu sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah di paras 22.02 meter dan Air Bol, Jeli, 71.31 meter.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk berpindah dan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di PPS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!