Lima terbunuh dalam serangan udara Rusia di Menara TV Kiev
KIEV (Ukraine) - Lima orang terbunuh dalam serangan udara Rusia di menara TV Kiev, kata Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine pada Selasa, lapor Xinhua.
Serangan di Menara TV Kiev mengakibatkan, "lima orang terbunuh, lima lagi cedera", menurut perkhidmatan kecemasan di Facebook.
Kementerian Dalam Negeri negara itu berkata, saluran TV itu tidak dapat beroperasi berikutan serangan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!