Biden tegaskan AS tidak akan berperang di Ukraine
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) tidak akan terlibat dalam konflik ketenteraan di Ukraine yang kini diceroboh oleh Rusia, kata Presidennya, Joe Biden pada Selasa.
Beliau membuat penegasan itu semasa membuat ucapan pertamanya pada Kongres AS di bangunan Capitol, Washigton.
"Biar saya jelaskan, tentera kami tidak terlibat dan tidak akan terlibat dalam konflik dengan tentera Rusia di Ukraine," kata pemimpin daripada parti Demokrat itu.
Biden juga menyatakan bahawa dunia telah meminggirkan Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana beliau telah menghantar tentera ke Ukraine.
Beliau juga menyatakan bahawa sekatan yang dahsyat akan melemahkan kekuatan ekonomi Rusia dan ketenteraannya.
"Putin sekarang terpencil dari dunia lebih daripada apa yang dialaminya," kata Biden.
Presiden AS itu berkata, rakan sejawatan dari Rusia itu tidak tahu apa yang akan terjadi dari segi hukuman dan ekonomi ekoran melancarkan serangan ke atas Ukraine pada Khamis lalu.
Beliau juga melabelkan Putin sebagai diktator semasa berucap hampir seminggu selepas Moscow menyerang negara jirannya itu.
"Seorang diktator Rusia, menyerang negara asing di seluruh dunia.
"Dalam pertempuran antara demokrasi dan autokrasi, demokrasi meningkat hingga saat ini dan dunia jelas memilih sisi keamanan," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!