'Jangan jadikan banjir sebagai pesta' - Polis Kelantan

Muhammad Zaki (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan yang dikuniakan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis.
Muhammad Zaki (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan yang dikuniakan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis.
A
A
A

PASIR MAS - Jangan jadikan banjir sebagai pesta, itu amaran Polis Kelantan kepada orang ramai terutamanya dalam tempoh penularan Covid-19 kini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, masyarakat perlu lebih mementingkan keselamatan dalam situasi banjir ini terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.

"Melalui tinjauan kita, kita dapat lihat yang ada diantara ibu bapa yang bawa anak kecil main air dan sebagainya, seolah tiada apa yang berlaku.

"Kita perlu ingat, sekarang ini ada empat korban banjir, dua dewasa dan dua kanak-kanak. Nasihat saya, kepada warga emas, dalam waktu banjir ini keluarlah bersama anak-anak.

"Mereka sudah berumur dan kesihatan pun semakin merosot. Kalau perlu keluar, bawalah anak-anak bersama. Mereka masih muda dan biarlah mereka bantu uruskan apa sahaja keperluan semasa banjir," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyertai misi bantuan dari Istana Kelantan kepada mangsa banjir di kawasan Kampung Benang Gucil dan Kampung Tasik di Repek, di sini.

Penyampaian sumbangan berkenaan adalah kurniaan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai banjir yang kini mula beralih ke kawasan Tumpat, Muhammad Zaki berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga untuk membantu memindahkan mangsa dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kemudahan logistik yang bersesuaian juga disediakan bagi memudahkan pemindahan mangsa banjir dilakukan terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang agak sukar untuk diakses.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!