Muhyiddin gesa pembukaan sempadan Johor-Singapura

Muhyiddin (kanan) bersama Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai melihat buku Ikrar Perikatan Nasional 'Demi Bangsa Johor' pada majlis pelancaran buku itu di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama
Muhyiddin (kanan) bersama Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai melihat buku Ikrar Perikatan Nasional 'Demi Bangsa Johor' pada majlis pelancaran buku itu di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesa supaya sempadan antara Johor dan Singapura dibuka semula.

Ujar beliau, gesaan itu dibuat bagi menjana pendapatan serta memulihkan kembali ekonomi rakyat di negeri Johor.

"Seperti yang saya sebut tadi, Johor adalah antara negeri yang terkesan dengan masalah Covid-19, jika lambat membuka sempadan maka rakyat Johor tidak boleh berurus niaga atau bekerja di Singapura.

"Orang Singapura pula tidak boleh datang berbelanja, membawa wang dan memberi limpahan pendapatan kepada penduduk-penduduk Johor.

"Maka, bagaimana kita saksikan sekarang ini, situasinya agak lemah, belum lagi nampak pulih," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Ikrar PN 'Demi Bangsa Johor', di sini pada Rabu.

Justeru, Muhyiddin berkata, fokus PN apabila membentuk kerajaan negeri ialah bagaimana cara mempercepatkan proses pemulihan ekonomi untuk rakyat Johor.

"Kita ada pakar-pakar dan sebagainya akan membantu supaya bidang-bidang yang penting seperti industri pembuatan, menarik pelaburan untuk menyediakan peluang pekerjaan.

"Industri pelancongan yang membawa ramai pelancong-pelancong asing datang ke Johor berbelanja baik di Johor Bahru atau daerah-daerah lain.

Artikel Berkaitan:

"Semuanya akan membawa limpahan pendapatan kepada rakyat Johor, kalau tidak ada usaha sebegitu dibuat, maka Johor akan tertinggal ke belakang," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!