44 pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun

Seramai 44 pengunjung termasuk pemilik sebuah pusat hiburan dikompaun pada Selasa.
Seramai 44 pengunjung termasuk pemilik sebuah pusat hiburan dikompaun pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan kompaun RM45,000 kepada seorang pemilik dan 44 pengunjung pusat hiburan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Selasa.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, pemilik premis dan kesemua pengunjung pusat hiburan itu telah dikenakan kompaun RM 1,000 setiap seorang.

"Hasil serbuan mendapati kesemua pusat hiburan tersebut telah beroperasi serta melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN 4 2021," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Azman berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 451 kompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 451,000 ke atas pemilik premis dan pengunjung pusat hiburan di sekitar Ibu kota sejak awal Januari lalu.

"Kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Akta 342 APPPB yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid 19 yang masih tinggi demi keselamatan umum.

"Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid19 demi kesejahteraan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!