Junta Myanmar bebas model kacak sokong protes prodemokrasi
YANGON - Junta Myanmar membebaskan seorang model dan penyanyi yang menyokong protes prodemokrasi membantah rampasan kuasa tentera pada awal tahun lalu.
Paing Takhon, 25, juga pelakon dilaporkan bergerak secara aktif semasa tunjuk perasaan besar-besaran selain mempromosikan bantahan itu di media sosial.
Takhon ditahan semasa satu serbuan pada waktu subuh di rumah ibunya di Yangon pada April dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun pada Disember lalu.
Pada Rabu, dia menerima pengampunan dari junta dan dibebaskan serta selamat tiba di rumahnya pada hari sama, menurut peguamnya memberitahu AFP.
Junta turut mengesahkan pembebasannya bersama pelakon-pelakon lain antaranya Lu Min, Pyi Ti Oo dan Eaindra Kyaw Zin.
Namun, junta tidak memberikan maklumat lanjut mengenai pembebasannya itu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!