ITF gantung Rusia, Belarus
PERSEKUTUAN Tenis Antarabangsa (ITF) mengumumkan penggantungan serta-merta keahlian Persekutuan Tenis Rusia dan Persekutuan Tenis Belarus.
Mereka juga digantung daripada menyertai sebarang pertandingan antarabangsa sehingga dimaklumkan.
"ITF kekal berhubung rapat dengan Persekutuan Tenis Ukraine dan berdiri dalam solidariti dengan rakyat Ukraine," kata ITF dalam satu kenyataan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!