Lelaki ditahan, jumpa ganja lebih 5 kilogram dalam kereta

Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan 5,127.42 gram ganja dalam kereta yang diperiksa dalam sekatan jalan di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, Benrong pada Selasa.
Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan 5,127.42 gram ganja dalam kereta yang diperiksa dalam sekatan jalan di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, Benrong pada Selasa.
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki ditahan bersama 5,127.42 gram ganja dalam satu sekatan jalan Ops Tapis di Kilometer 17, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang untuk pemeriksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan lelaki itu, polis menemui kotak berisi lima ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Ketulan ganja mampat dan sejumlah wang yang dirampas daripada suspek.
Ketulan ganja mampat dan sejumlah wang yang dirampas daripada suspek.

"Dadah dianggarkan bernilai RM12,500 yang dirampas dipercayai mampu menampung bekalan kepada 5,127 penagih," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Zaiham berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 8 Mac depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

"Bagi kesalahan ini perintah pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun turut dikenakan terhadap pesalah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!