ICC mulakan siasatan aktiviti Rusia di Ukraine

Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine. -Foto: Agensi
Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine. -Foto: Agensi
A
A
A

MOSCOW - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine, kata Pendakwa ICC, Karim Khan.

"Saya baru sahaja memberitahu Pejabat ICC mengenai keputusan saya untuk meneruskan dengan segera siasatan aktif dalam situasi itu. Kerja-kerja pengumpulan bukti sudah dimulakan," kata Khan dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

Beliau menambah bahawa ICC akan memberi tumpuan kepada objektif utama organisasi: memastikan akauntabiliti bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah.

Minggu lalu, Rusia melancarkan operasi khas selepas republik pemisah Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada serangan berterusan oleh tentera Ukraine. Negara-negara Barat mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rusia dan meningkatkan tekanan sekatan terhadap Rusia. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!