JAS Selangor temui sisa tanaman terbakar di Johan Setia

Pegawai penguatkuasa JAS Selangor menemui longgokan sisa tanaman terbakar di kawasan revolusi hijau Johan Setia di sini ketika rondaan dibuat pada Rabu.
Pegawai penguatkuasa JAS Selangor menemui longgokan sisa tanaman terbakar di kawasan revolusi hijau Johan Setia di sini ketika rondaan dibuat pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menemui longgokan sisa tanaman yang dipercayai dibakar di kawasan revolusi hijau Johan Setia, di sini pada Rabu.

JAS Selangor menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan longgokan tersebut ditemui ketika pihaknya menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tersebut.

Menurut hantaran berkenaan, sisa tanaman dibakar bagi tujuan pembersihan dan tanaman semula namun siasatan lanjut akan terus dijalankan oleh pihak penyiasat JAS.

"JAS sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut," kata hantaran tersebut pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!