Sindiket bitcoin rasuah TNB: Pengarah syarikat pendawaian direman

Seorang pengarah syarikat pendawaian direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket bitcoin kepada pekerja TNB.
Seorang pengarah syarikat pendawaian direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket bitcoin kepada pekerja TNB.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat pendawaian direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket bitcoin kepada pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Majistret Nur Farahain Roslan mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek berusia 33 tahun itu.

Dia yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap warna jingga, direman bermula Khamis hingga Ahad depan.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM di sini pada Rabu, mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Pada Selasa, media melaporkan, SPRM berjaya menangkap 18 individu dipercayai terlibat dengan sindiket melombong bitcoin melalui operasi ‘Op Power’.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, kesemua suspek ialah lelaki warga tempatan berusia 30 hingga 60 tahun.

Hasil siasatan katanya, mereka dipercayai menawarkan rasuah antara RM3,000 hingga RM300,000 kepada pekerja TNB supaya tidak mengambil tindakan dan membocorkan maklumat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!