Muda perlu jelaskan cara wujud peluang pekerjaan bergaji besar

Azhari
Azhari
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu menerangkan secara terperinci kaedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji besar untuk golongan muda.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, janji tersebut ibarat janji 'utopia' kerana parti itu sendiri tidak tahu cara untuk melaksanakannya.

Menurutnya, janji tersebut juga mustahil untuk dilaksanakan memandangkan parti itu hanya bertanding tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Muda patut terangkan lebih jelas bagaimana mereka hendak wujudkan peluang pekerjaan tersebut bukan kata-kata sahaja," katanya menerusi kenyataan di Facebook, pada Khamis.

Amira Aisya yang juga Setiausaha Agung Parti Muda semasa kempen PRN mengulangi naratif Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu bagi mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji besar agar rakyat Johor tidak perlu ‘lari’ ke Singapura.

Azhari berkata, rakyat di Johor perlu menolak calon Muda yang dianggap belum bersedia menjadi wakil rakyat.

"Syed Saddiq semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan pun gagal dalam melaksanakan tugas disebabkan tiada pengalaman dan hanya tahu berkata-kata.

"Saya berharap pengundi Johor tolak Muda sebab mereka ini belum bersedia untuk menjadi wakil rakyat. Pilih BN untuk kestabilan masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!