Banjir Terengganu makin pulih, 7,281 mangsa di 29 PPS

Jumlah mangsa banjir gelombang kelima di Terengganu terus menunjukkan penurunan kepada 7,281 orang setakat jam 4 petang, pada Khamis.
Jumlah mangsa banjir gelombang kelima di Terengganu terus menunjukkan penurunan kepada 7,281 orang setakat jam 4 petang, pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir gelombang kelima di Terengganu terus menunjukkan penurunan kepada 7,281 orang berbanding 11,517 pada jam 8 pagi Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, sehingga jam 4 petang, sebanyak 29 PPS masih dibuka di lima daerah bagi menempatkan 1,818 keluarga terjejas banjir.

Menurutnya, banjir di Setiu pulih sepenuhnya apabila satu PPS diaktifkan ditutup pada jam 10 pagi selepas tujuh mangsa yang berada di sana pulang ke rumah susulan cuaca baik.

"Jumlah mangsa paling ramai setakat ini adalah di Hulu Terengganu iaitu seramai 4,846 orang melibatkan 1,213 keluarga dan semua mereka ditempatkan di 19 PPS.

"Di Kemaman, sebanyak dua PPS masih dibuka yang dihuni oleh 1,855 mangsa diikuti Dungun (525 orang), Kuala Nerus (33 orang) dan Kuala Terengganu (22 orang).

"Keadaan banjir semakin pulih dan kita jangkakan lebih banyak PPS ditutup selepas ini berikutan cuaca cerah di semua daerah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!